
Pokémon (ポケモン sebutannya "Po-Ké-Mo-N"), selalunya disalah sebut sebagai "Pokimon", merupakan suatu produk yang berjaya menghasilkan keuntungan berbilion-bilion ringgit. Pokémon dicipta oleh Satoshi Tajiri pada tahun 1996 (27 Februari 2006 merupakan sambutan ulang tahun Pokémon yang ke-10) dan dikawal sepenuhnya oleh syarikat permainan video gergasi iaitu Nintendo. Game Pokémon yang asal (untuk Game Boy, komputer dan permainan video) telah diteruskan ke dalam bentuk:-
Pokémon merupakan singkatan kepada nama jepunnya yang asal iaitu (ポケットモンスター sebutannya "Po-Ket-To-Mo-N-Su-Taa") atau Pocket Monster. Dalam versi bahasa Inggeris, motto “Gotta catch ’em all!” adalah lebih dikenali ramai walaupun sekarang tidak berapa digunakan lagi (kecuali oleh syarikat permainan Hasbro dan juga sambungan kepada siri Pokémon Chronicles).
Konsep Pokémon ini berasal daripada hobi mengumpul serangga, iaitu satu hobi yang sangat popular di Jepun (suatu masa dahulu), dan Satoshi Tajiri merupakan penggemar hobi ini semenjak beliau kecil lagi. Daripada Jepun (1996), idea Satoshi ini telah diadaptasikan (diterjemahkan) kepada pasaran Amerika Syarikat (1998) dengan terhasilnya game:-
Kedua-dua game ini membolehkan pemain untuk menangkap, mengumpul, dan melatih ratusan binatang yang dikenali sebagai Pokémon. Pemain boleh melawankan Pokémon mereka dengan Pokémon yang lain untuk menaikkan kekuatan dan meningkatkan teknik berlawan Pokémon. Pokémon juga boleh "berevolusi" untuk menjadi Pokémon yang lebih kuat dan mempelajari teknik berlawan yang lebih kuat dan baru.
Satoshi Tajiri tidak mahukan "pointless violent", maksudnya beliau tidak mahu memasukkan unsur-unsur keganasan dalam dunia Pokémon. Maka, sebab itulah dalam game Pokémon, Pokémon tidak boleh mati atau berdarah. Paling teruk pun, Pokémon hanya akan pengsan (fainted) dan akan sembuh semula setelah dibawa ke Pokemon Center. Walau bagaimanapun, Pokémon masih boleh:-
Pokémon juga bermaksud sekumpulan makhluk fiksyen yang wujud dalam dunia semesta Pokémon. Sehingga kini, bilangan Pokémon adalah sebanyak 386 spesies. Kesemua Pokémon ini adalah hasil daripada perkembangan selama 10 tahun bagi 151 Pokémon yang asal (game Pokémon Red dan Pokémon Blue) dan juga penambahan beberapa spesies Pokémon yang baru.
Pada tarikh Disember 2005, 4Kids Entertainment, syarikat yang menguruskan penglesenan bagi animasi Pokémon, mengumumkan bahawa mereka telah bersedia untuk memperbaharui perjanjian untuk pasaran produk Pokémon itu. Pokémon USA Inc., anak syarikat kepada Japan's Pokémon Co., sekarang ini sedang sibuk meninjau penglesenan Pokémon untuk pasaran luar Asia.
Isi kandungan |
Teknologi yang berada dalam dunia semesta Pokémon didapati amat canggih dan maju ke hadapan. Contohnya:-
Setiap medium Pokémon (contohnya air, rumput, udara dan sebagainya) mempunyai beberapa variasi walaupun sedikit.
Semua hak Pokemon yang berlesen diselia oleh The Pokemon Company adalah dibahagi mengikut generasi. Pada masa kini, terdapat tiga generasi yang didefinisikan oleh Pokémon yang muncul pada generasinya, dan generasi keempat adalah dalam proses penciptaan. Setiap generasi ini, telah diperkenalkan pada pertama kali dengan sepasang permainan Pokémon untuk Gameboy atau versi Gameboy seterusnya. Versi pertama diperkenalkan oleh Pokémon Red dan Pokémon Blue. Setiap generasi baru memperkenalkan banyak Pokémon baru dan beberapa konsep baru.
Generasi pertama ini dimulakan dengan Pokémon Red dan Pokémon Blue. Generasi pertama memperkenalkan 151 Pokémon yang asal, konsep asas untuk bertukar dan berlawan Pokémon. Di Jepun, generasi pertama ini terdiri daripada Pokémon Red, Pokémon Green, dan kemudian Pokémon Blue (beberapa perubahan grafik dan peta bawah tanah), manakala di negara lain pula terdapat Pokémon Red dan Blue (sebahagiannya diperbaharui), tetapi tiada Pokémon Green.
Generasi ini diakhiri dengan Pokémon Yellow: Special Pikachu Edition, berdasarkan animasi TVnya, yang mana pemain akan menggunakan Pikachu sebagai teman Pokémon. Pikachu enggan masuk ke dalam Poké Ball. Oleh itu, Pikachu akan sentiasa mengikut ke mana sahaja tuannya pergi. Apabila tuannya menghadap Pikachu, pemain akan dapat melihat muka Pikachu sama ada gembira dengan tuannya atau tidak. Kebanyakan unsur yang dimasukkan ke dalam Pokémon Yellow ini sama sahaja seperti animasi TVnya. Beberapa bahagian dalam game ini diubah supaya sifat pelatih Pokémon, ahli Team Rocket dan Pokémon-Pokémon yang dipaparkannya adalah sama seperti dengan jalan cerita yang ditunjukkan dalam animasi TVnya.
Kesemua versi game dalam generasi pertama ini berkisar tentang kawasan Kanto. Generasi ini juga memperkenalkan idea musuh pelatih yang mana pemain akan berjumpa dengannya beberapa kali (berlawan dengannya), begitu juga dengan perlawanan dengan pasukan pelatih Pokémon yang jahat.
Kesemua game ini sesuai dengan game N64 Pokémon Stadium dan sambungannya, Pokémon Stadium 2. Pembuatan semula dan penambahbaikan grafik bagi Pokémon Red dan Pokémon Blue dibuat pada generasi ketiga dan masing-masing dinamakan Pokémon FireRed dan Pokémon Leafgreen.
Bermula dengan Pokémon Gold and Pokémon Silver, generasi kedua ini memperkenalkan seratus Pokémon baru, dan daerah baru iaitu daerah Johto. Inovasi termasuk satu sistem pagi dan malam dan konsep tumbuhan yang membesar dan menghasilkan "Berries" (item yang boleh menyembuh) dan "Apricorns" (untuk membuat Poké Balls). Dalam permainan ini, pemain boleh membiak Pokemon. Dua jenis Pokémon baru diperkenalkan iaitu Steel (Logam/Besi) dan Dark (Gelap/Kegelapan).
Generasi ini dilengkapkan oleh Pokémon Crystal, dimana ia adalah permainan Pokémon yang pertama membolehkan pemain memilih jantina watak protagonist. Versi Crystal juga mempunyai perubahan dari segi tiga Legendary Pokémon (Pokemon Legenda), dimana pemain akan bertemu dengan Suicune dan menangkapnya.
Pokémon Ruby dan Pokémon Sapphire menambah 135 Pokémon dari daerah Hoenn, perwatakan Pokémon (25 personaliti Pokémon berbeza), Pokémon Abilities, Pokéblocks, Pokémon Contests, dan pelawanan dua Pokémon melawan dua Pokémon serentak. Permainan ketiga dalam generasi ini ialah Pokémon Emerald.
Generasi ini dilengkapi dengan Pokémon FireRed dan Pokémon LeafGreen.Firered dan Leafgreen adalah pembuatan semula untuk pokemon red dan blue(gameboy colour).Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan ialah kita boleh tukar pokemon dari daerah lain .Selain itu,terdapat pulau baru(sevii island).
Pokemon Diamond dan Pearl ialah versi terbaru yang menggunakan daerah baru iaitu Sinnoh.Pemain bermula bersama dengan salah satu antara tiga starter pokemon(chimcar,piplup,tutwig).Selain itu,elemen terbaru nintendo ds iaitu wireless digunakan sepenuhnya di dalam permainan ini(pokemon ranch,event).Elemen siang dan malam digunakan semula di dalam diamond and pearl.Antara legend terbaru ialah dialga(diamond),palkia(pearl)uxie,mesprit,azef dan banyak lagi.
Pokémon telah menerima kritikan daripada penganut-penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam; penganut Kristian bimbang bahawa tema-tema ilmu ghaib dan keganasan yang nyata dan juga konsep "evolusi Pokémon" (yang dianggap berkaitan dengan teori evolusi) yang wujud dalam Pokémon akan mencabuli konsep penciptaan menurut buku Genesis.[1] Bagaimanapun, pihak Vatican berpendapat bahawa permainan kad dagangan dan permainan video Pokémon adalah "penuh dengan imaninasi yang direka-reka" dan tidak mendatangkan "kesan moral yang merbahaya".[2] Di United Kingdom, permainan "Kad Kuasa Kristian" telah diperkenalkan pada tahun 1999 sebagai respons terhadap dakwaan-dakwaan yang menuduh Pokémon sebagai bersifat kesyaitanan, permainan yang serupa dengan TGC Pokémon tetapi menggunakan tokoh-tokoh dalam Bible.[3] Pada tahun 1999, kumpulan hak asasi Yahudi, Anti-Defamation League juga telah memberi tekanan kepada syarikat Nintendo untuk mengedit imej kad dagangan Pokémon bagi Golbat dan Ditto kerana kad-kad itu memaparkan manji yang ditafsirkan oleh liga tersebut sebagai anti-Semitism, walaupun kad-kad ini telah dirancangkan untuk hanya dijual di Jepun manakala Nintendo merancangkan untuk menerbitkan versi yang telah diedit di Amerika Utara pada tahun berikutnya.[4] Pada tahun 2001, Arab Saudi telah mengharamkan permainan dan kad Pokémon sambil mengatakan bahawa francais itu mempromosi Zionisme yang mencabuli doktrin Islam.[5] Pokémon juga telah dituduh mempromosikan sabung ayam[6][7] dan materialisme.[8] Pada tahun 1999, dua orang budak berusia 9 tahun telah memfailkan dakwaan terhadap Nintendo kerana mereka mendakwa bahawa Permainan Kad Dagangan Pokémon telah menyebabkan mereka ketagihan judi yang teruk.[9]
Why are we here?
All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License
This page is cache of Wikipedia. History